Info

Xiaomi Mempatenkan Teknologi Pengecasan Menggunakan Bunyi Bising Persekitaran

Pada 18 Jun lalu, Beijing Xiaomi Mobile Software Co., Ltd. telah menfailkan paten baru untuk ‘Peralatan pengecasan bunyi, peralatan penyimpanan tenaga dan peralatan elektronik’. Tarikh permohonan adalah pada bulan Disember 2019.

Abstrak paten menunjukkan alat pengecas bunyi, yang terdiri daripada alat pengumpulan suara, sejumlah alat penukaran tenaga, dan alat penukaran kuasa.Ia mengubah suara di persekitaran menjadi getaran mekanikal, kemudian mengubah getaran mekanikal menjadi arus bolak-balik, dan akhirnya arus bolak-balik ke arus terus.

Pengguna akan dapat mengaplikasikan bunyi dari persekitaran untuk mengecas peranti elektronik tanpa mencari soket kuasa. Harapannya ia dapat mengurangkan kesukaran pengecasan dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Hmmm. Entahlah. Mungkin teknologi seperti ini akan sampai kepada orang ‘kayangan’ terlebih dahulu kerana sekiranya menjadi kenyataan, tak mungkin harga pengecas jatuh ke kategori marhaen.Tetapi jika ada kesempatan untuk mencuba, abam rasa abamlah orang yang paling dapat memanfaatkan teknologi ini selaku metalhead Malaya tegar.

Pasang saja lagu² Langsuir dalam album Dirgha Belasungkawa, ataupun album Sil Khannaz РTawanan Dosa. Fuhhh. Pasti sekejap saja penuh pengecas tu dengan kuasa elektrik.

Sumber: OMG H4ckers , www.rprna.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles