Info

Xiaomi Mempatenkan Kamera Di Sebalik Bingkai

Kita sudah membicarakan tentang vivo yang cuba mencipta kamera boleh tanggal dan mampu terbang:

Vivo Memfailkan Paten Untuk Kamera Telefon Pintar Terbang

Sekarang kita cuba berborak pula tentang Xiaomi yang ingin menyelesaikan ‘masalah’ atau isu kamera hadapan yang sekian lama menyukarkan kerja² mereka bentuk paparan.Ada syarikat cuba selesaikan dengan menggunakan ‘notch’ atau lekuk/takuk di bahagian pinggir bingkai supaya kamera dapat ditempatkan dengan kedudukan ‘selesa’.

Ada pula yang menggunakan hole-punch atau lubang, tetapi dengan adanya lubang seperti ini, paparan tetap nampak tidak sekata hujung ke hujung.Solusi dengan kamera pop-naik tampak elegan, namun sesetengah pengguna yang terlalu kerap menggunakan kamera hadapan untuk berjoget lambak, menyuarakan rasa khuatir tentang ketahanannya untuk jangka masa panjang.

Tidak lupa juga ada syarikat lain yang cuba menyembunyikan kamera hadapan di sebalik paparan itu sendiri. ZTE Axon 20 5G ialah salah satu contoh ‘kejayaan’ kajian ini. Malangnya, terdapat satu kekurangan pada reka bentuk ini, iaitu versi ZTE tidak dapat memberikan kualiti gambar yang sangat baik seperti diharapkan.

Pun begitu, ada khabar angin yang mengatakan syarikat tersebut sudah hampir dengan versi kedua reka bentuk kamera di sebalik paparan. Kita cuma perlu tunggu sahaja ia menjadi kenyataan.Berbalik kepada Xiaomi, syarikat ini cuba mengelak dari kajian terhadap kamera di sebalik paparan kerana ia tetap melibatkan kos makmal dan pembuatan. Oleh itu, Xiaomi menyiapkan paten terhadap reka bentuk kamera yang ditempatkan pada bingkai nipis (in-bezel camera).

Kebiasaannya kawasan bingkai diletakkan pembesar suara atau alat dengar (earpiece). Tetapi dengan reka bentuk ini, kamera hadapan akan dapat mengumpulkan cahaya di ruang antara paparan dan bingkai telefon pintar, serta dapat mencegah dari isu halangan oleh paparan LCD, yang sering menjadi isu kepada reka bentuk kamera di sebalik paparan yang lain.

Bukan sahaja kaedah ini akan menjadikan harga lebih berpatutan daripada teknologi kamera di sebalik paparan, ia juga akan lebih murah daripada kaedah hole-punch atau notch.Serat optik gunakan untuk elemen pemancar cahaya, dan kawasan telus di atas kamera pada bingkai diguna untuk membolehkan cahaya menembusi panel paparan > melalui satu elemen lut sinar > lalu terus ke lensa kamera.

Sumber: https://nl.letsgodigital.org/smartphones/xiaomi-mi-smartphone-camera/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles