Info

WhatsApp Multi-Device Support

Sokongan berbilang peranti WhatsApp (multi-device support) telah menjadi ciri yang sangat diminta oleh para pengguna dan untuk sesiapa yang bernasib baik, ciri tersebut dapat mula digunakan.Sekiranya anda salah satu daripada pengguna yang bertuah itu, anda kini dapat menggunakan perkhidmatan pemesejan WhatsApp pada pelbagai peranti walaupun telefon pintar anda tidak disambungkan ke internet.

Malangnya, anda tidak dapat menggunakan akaun anda itu pada telefon pintar kedua, tetapi anda pasti dapat menggunakannya di komputer riba atau desktop anda hingga 4 peranti tambahan.Namun, atas alasan keselamatan, anda akan di-log keluar dari WhatsApp web jika telefon anda tidak tersambung ke internet selama lebih dari 14 hari.

Fungsi ini sedang dilepaskan ke pengguna terpilih yang menggunakan aplikasi saluran beta. Untuk memeriksa sama ada anda memiliki ciri ini, buka ‘Link devices’ dan cari pilihan ‘Multi-device beta’.

Rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/download-and-installation/about-multi-device-beta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles