Info

Spesifikasi Minimum Untuk Windows 11

Ramai sangat yang buat pemeriksaan terhadap komputer masing² untuk mengetahui sama ada peranti serasi atau tidak dengan Windows 11.

Microsoft sudah senaraikan spesifikasi minimum untuk Windows 11, dan nampaknya komputer dengan spesifikasi lama pun boleh menjalankan sistem operasi ini.

Paling penting, naik taraf dari Windows 10 ke Windows 11 adalah percuma. Dalam erti kata lain, mana² peranti yang sudah sedia ada dapat menjalankan Windows 10, sepatutnya tiada masalah juga untuk menjalankan Windows 11.

Berikut adalah spesifikasi minimum diperlukan:

Pemproses: 1GHz atau lebih/2 teras ke atas/pemproses 64-bit.
RAM: 4GB.
Storan: 64GB ke atas.
Firmware: UEFI, serasi dengan Secure Boot.
TPM: TPM v2.0.
Kad Grafik: Serasi dengan DirectX 12 atau yang terbaru dengan pemacy WDDM 2.0.
Paparan: Paparan definisi tinggi (720p) – yang lebih besar daripada 9″ secara menyerong, 8 bit setiap saluran warna.

Sambungan internet dan akaun Microsoft:


a) Windows 11 Home Edition memerlukan penyambungan internet dan akaun Microsoft untuk menyelesaikan penyediaan peranti pada penggunaan kali pertama. Menukar peranti dari Windows 11 Home dalam mod S juga memerlukan sambungan internet.
b) Untuk semua edisi Windows 11, akses internet diperlukan untuk melakukan kemas kini dan memuat turun dan memanfaatkan beberapa ciri.
c) Akaun Microsoft diperlukan untuk sesetengah ciri.

Untuk keperluan ciri spesifik Windows 11, anda boleh rujuk: https://www.microsoft.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles