Info

Sedikit Pandang Intai Ke Dalam Brave Search

Untuk aktiviti penstriman, memang abam gunakan pelayar Edge sebagai pelayar utama. Cirinya yang menyokong main semula Netflix sehingga 4K menyebabkan ia menjadi pilihan terbaik. Tetapi untuk sebarang aktiviti lain, pelayar Brave menjadi keutamaan.

Selain cirinya yang mementingkan privasi, ia juga jauh lebih pantas berbanding pelayar lain.

Baru² ini abam ada kongsikan tentang Brave Together, iaitu fungsi panggilan video pada pelayar Brave. Boleh rujuk mengenai Brave Together di sini:

Buat Panggilan Video Dengan Brave Together

Tetapi bukan itu sahaja produk dari Brave yang sudah atau bakal dikeluarkan. Tidak lama lagi Brave jua akan melancarkan Brave Search, iaitu enjin carian privasi yang menjadi pesaing kepada enjin carian seperti DuckDuckGo.

Abam terpilih menjadi beta tester untuk Brave Search dan di sini abam ingin kongsikan sedikit ‘sneak peek’ atau pandang intai ke dalam Brave Search.

Terdahulu, Brave telah memperoleh pemilikan terhadap Tailcat, iaitu enjin carian terbuka yang dibangunkan pasukan sama kepada enjin carian privasi Cliqz.

Enjin carian ini akan menjadi tapak asas kepada Brave Search. Secara amnya, hampir semua enjin carian hari ini dibina oleh/atau bergantung kepada hasil dari syarikat teknologi besar.

Enjin carian Tailcat dibina di atas indeks bebas sepenuhnya, yang mampu memberikan kualiti diharapkan pengguna tanpa menjejaskan privasi mereka. Tailcat tidak mengumpulkan alamat IP atau menggunakan maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi untuk meningkatkan hasil carian.

Dengan Brave Search, pengguna dapat memilih enjin carian lalai yang berfungsi dengan lancar bersama pelayar Brave untuk memberikan pengalaman menghormati privasi pengguna yang lengkap.

Minat nak cuba Brave? Muat turun Brave di: https://brave.com/

Gunakan Brave Together di sini:https://together.brave.com/

Informasi lanjut mengenai Brave Search: brave.com/search/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles