Tips

Meningkatkan Prestasi PC Tanpa Menaik Taraf Perkakasan Anda

Bagaimanakah meningkatkan prestasi komputer tanpa menaik taraf perkakasan anda?
Teknik-teknik melajukan komputer anda bukanlah sukar atau mahal.

Berikut adalah langkah demi langkah bagaimana untuk melakukannya.

1. Terlalu banyak program dibuka serentak dalam satu-satu masa

Kadang-kadang terlalu banyak program dibuka serentak menyebabkan komputer anda lembab.

Jika boleh buka satu atau dua program dalam satu-satu masa.

desktop screenshot

2. Memantau Windows Processes:

Jika anda menekan CTRL + AL + DEL anda akan memanggil Task Manager yang akan menyenaraikan kebanyakan proses di komputer anda sedang berjalan.

Walaupun terhad, Task Manager memberikan gambaran yang baik tentang apa yang sedang berjalan (running).

Tutup proses (processes) yang anda tidak perlukan.

task manager screenshot

3. Melumpuhkan program permulaan dalam Windows (Disable Startup Programs in Windows)


Terdapat alat (tool) yang dipasang dengan Windows, yang dipanggil MSConfig, yang membolehkan anda melihat dengan cepat dan mudah tentang apa program yang sedang berjalan pada program permulaan (Startup Programs) dan melumpuhkan program yang anda tidak perlukan.

msconfig screenshot

4. Bersihkan fail-fail sementara (temporary files)

Anda boleh menggunakan program Disk Cleanup Windows atau perisian CCleaner untuk membersihkan fail-fail sementara komputer anda.

ccleaner screenshot

5. Mengoptimumkan dan defragment cakera keras (hard disk)

Lakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Terlalu kerap defragment cakera keras akan memendekkan jangka hayat cakera keras anda.

Jika anda menggunakan Solid State Drive (SSD), anda tidak perlu menggunakan fungsi defragment ini.

optimize drives screenshot

6. Nyahpasang (uninstall) aplikasi atau perisian

Buang perisian-perisian yang anda tidak perlukan lagi.

Ini boleh dilakukan melalui Programs and Features atau menggunakan perisian seperti Revo Uninstaller.

revo uninstaller

7. Pastikan sistem operasi Windows bersih

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem operasi Windows bersih?

Maksudnya pastikan komputer anda tidak ada sebarang virus dan/atau spyware (perisian berniat jahat).

Gunakan perisian antivirus untuk mengimbas komputer anda.

windows defender screenshot

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles