News

BeeVi Toilet: Tandas Yang Menukar.. Errr.. Na**s Anda Kepada Wang Digital Dan Kuasa Elektrik

Belum pernah lagi abam terfikir suatu hari nanti kita akan dapat menjana pendapatan sampingan harian dengan hanya… Errr.. Membuang air…Besar. Di Institut Sains dan Teknologi Nasional Ulsan (UNIST) Korea Selatan, para pelajar kini boleh membuang air besar untuk mendapatkan mata wang crypto dan membantu menjana kuasa elektrik sebuah bangunan.

Sudahlah dapat duit, dapat pula menjana kuasa elektrik yang mampu memberi kuasa mencukupi untuk sebuah bangunan. Wow.Profesor kejuruteraan bandar dan alam sekitar UNIST, Cho Jae-weon mereka bentuk tandas mesra alam yang memanfaatkan kotoran manusia untuk menghasilkan biogas dan baja.Dinamakan sebagai BeeVi Toilet (gabungan dari perkataan Bee dan Vision), tandas inovatif ini menggunakan pam vakum dan bukannya air, lalu disambungkan ke tangki bawah tanah di mana mikroorganisma mengurai sisa kumbahan.

Mikroorganisma tersebut menghasilkan metana yang boleh digunakan sebagai sumber tenaga yang mampan dengan pelbagai cara.Rata-rata orang membuang air besar 500g sehari yang secara kasarnya bertukar menjadi 50 liter gas metana atau 0.5kWh elektrik yang cukup untuk memandu kereta elektrik sejauh 1.2km (0.75 batu).Selain itu, pelajar yang menggunakan BeeVi Toilet dapat memperoleh 10 Ggool sehari, iaitu mata wang crypto dikeluarkan oleh tandas mesra alam ini, yang boleh digunakan di kampus untuk membeli apa² produk seperti kopi, mee segera, buah-buahan, dan buku. Ya, itulah dia Korea Selatan, di mana ta*i anda mempunyai nilai!

Gambar oleh: Reuters.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles