Info

Ancaman S3kuriti ‘PrintNightmare’ Pada Windows

Microsoft memberi amaran akan kelemahan keselamatan sifar (zero-day) yang berpotensi memberi ancaman besar dalam kod Print Spooler Windows.Walaupun Microsoft belum mengenal pasti tahap kerentanan yang digelar sebagai ‘PrintNightmare’, buat masa ini ia kedengaran seperti agak teruk dan membahayakan.

Syarikat itu mengatakan bahawa pengguna luar boleh memanipulasi PrintNightmare untuk mendapatkan hak pentadbir yang lebih tinggi dan melaksanakan kod dari jarak jauh.Dengan erti kata lain, ini adalah jemputan terbuka bagi penggodam untuk mengawal komputer dan memasang perisian hasad, ransomware, mencuri atau memusnahkan data penting dan banyak lagi – tanpa memerlukan akses fizikal ke komputer.

PrintNightmare memberi kesan pada Windows Print Spooler di semua versi Windows, termasuk versi yang dipasang pada komputer peribadi, rangkaian perusahaan, pelayan Windows, dan Domain Controller.Microsoft mengatakan bahawa mereka sedang berusaha memperbaiki dan mengemaskini tampalan untuk PrintNightmare. Syarikat itu juga menggesa pengguna untuk menyahaktif perkhidmatan Windows Print Spooler pada komputer masing².

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles